SMK Mat Salleh Ranau,Sabah

Peti Surat 43, 89307 Ranau :: Tel: 088-875445 Fax No: 088-877422 “BERTEKAD TERBILANG”

Sejarah Sekolah

SEJARAH SEKOLAH

SMK Mat Salleh Ranau merupakan sekolah terbesar di daerah Ranau dan salah satu sekolah yang terbesar di negeri  Sabah Siap dibina pada tahun 1962 dan mula menerima kemasukan pelajar pada awal tahun tersebut

Idea penubuhan sekolah ini disuarakan oleh Allahyarham Haji Ruman Limbogot dalam mesyuarat Agung Tahunan USNO

Goverment Junior Secondary School merupakan nama awal sekolah ini. Dalam masa yang singkat, nama sekolah ini telah ditukar kepada Goverment Secondary School selaras dengan fungsinya yang
menyediakan peluang pendidikan sehingga tingkatan Lima. Antara tahun 1972 hingga 1978, terdapat dua aliran di sekolah ini iaitu Bahasa Melayu dan  Bahasa Inggeris

1979, sekolah ini menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar
sepenuhnya 1974, nama sekolah ini ditukar sekali lagi kepada SMK Ranau dan ditukar sekali lagi
kepada SMK Mat Salleh Ranau pada tahun 1977 sehinggalah ke hari ini

Sepanjang tempoh 44 tahun sekolah ini ditubuhkan, seramai 19 orang pengetua telah mentadbir sekolah ini.

Tahun 1983, jawatan Penyelia Petang telah diwujudkan Tahun 1988 pula, jawatan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid telah diwujudkan

Sekolah ini merupakan sekolah yang mempunyai bilangan pelajar yang paling ramai di daerah Ranau

Leave a Reply

Create a free edublog to get your own comment avatar (and more!)

You must be logged in to post a comment.