SMK Mat Salleh Ranau,Sabah

Peti Surat 43, 89307 Ranau :: Tel: 088-875445 Fax No: 088-877422 “BERTEKAD TERBILANG”

Piagam Sekolah

PIAGAM SEKOLAH

 

Kami guru-guru dan kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh, Ranau dengan penuh tekad dan iltizam, berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

 

FMembimbing pelajar membentuk sahsiah yang mulia melalui pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni selaras    dengan aspirasi negara

 

FMelahirkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang

 

FMendidik pelajar dengan berbagai- bagai kemahiran tenaga manusia yang berinovatif dan produktif ke arah pembangunan negara

 

FMewujudkan iklim sekolah yang  kondusif, sihat, bersih,ceria dan menarik.

 

FMeningkatkan kecemerlangan prestasi akademik dan kokurikulum untuk menjadikan sekolah ini terbaik di daerah Ranau

 

FMembimbing dan mendidik pelajar asrama untuk melahirkan generasi pelajar yang berkualiti dan menonjol dalam bidang kurikulum dan kokurikulum

 

FMewujudkan perkhidmatan bersih, cekap, amanah, cepat dan tepat dalam usaha melicinkan pengurusan dan pentadbiran sekolah

 

FMempertingkatkan profesionalisma guru-guru dan kakitangan melalui program yang terancang bagi memastikan pendidikan bermutu

 

FBersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan dan teguran dari semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik serta kokurikulum

 

FSentiasa bersedia memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan cekap, jujur dan adil.

Leave a Reply

Create a free edublog to get your own comment avatar (and more!)

You must be logged in to post a comment.