SMK Mat Salleh Ranau,Sabah

Peti Surat 43, 89307 Ranau :: Tel: 088-875445 Fax No: 088-877422 “BERTEKAD TERBILANG”

Berita Mutakhir Sukan MSSM 2009!

Posted by smkmsranau on March 25, 2009




Sukan MSSM Peringkat Negeri Sabah bagi tahun 2009 sedang berlangsung di Stadium Likas bermula pada 24hb Mac 2009 dan akan berakhir sedikit masa lagi. Untuk info, atlit dari MSSM Daerah Ranau telah bergabung dengan atlit MSSM Bahagian Barat.

Kedudukan semasa Kejohanan Sukan MSSM Peringkat Negeri Sabah masih didominasikan oleh atlit-atlit dari pasukan Bahagian Barat (Gabungan Penampang, Kota Kinabalu dan Ranau) dengan kutipan pingat emas semasa sebanyak 18 pingat emas diikuti oleh pasukan MSSM Keningau dengan kutipan pingat emas sebanyak 6 pingat emas, pasukan-pasukan lain masing-masing mengutip 2 dan 1 pingat emas, manakala pasukan-pasukan lain masih belum memperolehi sebarang pingat emas.

Daripada 18 pingat emas yang diperolehi oleh atlit-atlit Bahagian Barat, atlit-atlit MSSM Daerah Ranau telah menyumbangkan 9 pingat emas, separuh daripada pingat emas yang diperolehi oleh atlit-atlit Bahagian Barat. Kita ucapkan tahniah dan syabas kepada atlit-atlit Bahagian Barat khususnya kepada atlit-atlit MSSM Daerah Ranau atas usaha dan prestasi yang memberansangkan.

Kita doakan agar atlit-atlit Bahagian Barat dapat mengekalkan prestasi dan dapat meneruskan kutipan pingat emas yang memberansangkan seterusnya dapat menjuarai Kejohanan Sukan MSSM Peringkat Negeri Sabah bagi tahun 2009.

..SYABAS DAN TAHNIAH..

 

Leave a Reply

Create a free edublog to get your own comment avatar (and more!)

You must be logged in to post a comment.