SMK Mat Salleh Ranau,Sabah

Peti Surat 43, 89307 Ranau :: Tel: 088-875445 Fax No: 088-877422 “BERTEKAD TERBILANG”

Skim Cepat Kaya…

Posted by smkmsranau on January 30, 2009




50,000 kakitangan awam terbabit skim cepat kaya


KUALA LUMPUR: Skim ‘cepat kaya’ mengakibatkan kesan negatif terhadap kakitangan awam memandangkan lebih 50,000 kakitangan kerajaan dipercayai terbabit dalam menganjurkan kegiatan yang mencurigakan itu.


Lebih membimbangkan ialah ramai pegawai kanan dan ketua jabatan yang menggalakkan kakitangan bawahan mereka untuk menyertai skim seperti itu yang menjanjikan pulangan segera dan berganda bagi sejumlah pelaburan yang kecil.


Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin memberitahu Bernama hari ini, kongres itu amat prihatin dengan perkembangan itu kerana ia menghakiskan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan awam.

Beliau berkata masalah itu begitu serius hinggakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan pekeliling khas yang melarang kakitangan awam daripada menyertai skim sedemikian.

Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 2/2009, yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah JPA Tan Sri Ismail Adam, dan berkuat kuasa pada 13 Januari, melarang kakitangan awam semua peringkat daripada membabitkan diri dalam skim itu sama ada sebagai penganjur, pengantara atau pelabur.

Kenyataan Akhbar Bertarikh Jumaat, 30hb Januari 2009, Berita Harian

**

One Response to “Skim Cepat Kaya…”

  1.   ilmu Says:

    “economic recession problem” adalah punca ramai kakitangan awam yang masuk skim ni. Bagaimana pun kita kena akur dengan arahan kerajaan. Welcome to http://ilmu.edublogs.org

Leave a Reply

Create a free edublog to get your own comment avatar (and more!)

You must be logged in to post a comment.