Pengurusan data Online

Posted on 30/09/2013 in Uncategorized by smkmsranau

Semua kakitangan awam di sekolah ini hendaklah peka dengan sebarang pengurusan data dalam talian yang perlu dikemaskini sentiasa. berikut adalah pengurusan data dalam talian (online) yang perlu diambil tahu dan dikemaskini oleh semua guru: e-Operasi, HRMIS, EMIS, e-Pangkat, APDM, SSQS, e-Tukar dan sebagainya.

Guru-guru boleh mendapatkan maklumat tentang pengurusan data dalam talian ini dari Guru Data (En.Janius Ghani).

Patah Tumbuh, Hilang Berganti…

Posted on 09/09/2013 in Uncategorized by smkmsranau

Pada 28.08.2013, Kelab Staff sekolah telah mengadakan majlis ‘Jasamu Dikenang’ dan Hari Raya Mega untuk Pengetua Tuan Haji Moin yang akan bertugas ke SMK Lohan. Warga sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan Tuan Haji selama 6 tahun menyumbangkan khidmat bakti di sini. Kami mengharapkan agar Tuan Haji meneruskan usaha dan khidmat bakti yang cemerlang di sekolah baru.

Rasa kehilangan Pengetua tidak berpanjangan apabila Pengetua Cemerlang Tuan Majus Munsing menggantikan Tuan Haji Moin di SMK Mat Salleh. Ia merupakan satu penghormatan besar bagi sekolah tertua ini untuk menerima khidmat bakti seorang pengetua Cemerlang. Kami mengucapkan SELAMAT DATANG kepada Tuan Majus Munsing, Pengetua Cemerlang. Semoga kecemerlangan dan kegemilangan SMK Mat Salleh diteruskan dan ditingkatkan lagi!

Jubli Emas SMK Datu Paduka Mat Salleh

Posted on 31/07/2013 in Uncategorized by smkmsranau

Tarikh Perayaan Jubli Emas telah ditetapkan pada 22hb hingga 24hb Ogos 2013. Jubli Emas dimulakan dengan Makan Amal Jubli Emas pada 6hb Julai yang lepas bertempat di Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa, Kundasang.

Berikut adalah jadual acara sepanjang perayaan Jubli Emas SMK DP Mat Salleh:

06.07.2013 (Sabtu)          Makan Amal Jubli Emas, Mount Kinabalu Heritage & Spa Kundasang

22.07.2013 (Isnin)           Pelancaran Pertandingan Kelas Jubli Emas

01.08.2013 (Khamis)      Pelancaran Majalah Edisi Khas Jubli Emas dan Lagu tema ‘Bersama Merealisasikan Visi Sekolah’

17.08.2013 (Sabtu)          Golf Tournament, Kundasang Kinabalu Golf

22.08.2013 (Khamis)      ACARA KEMUNCAK JUBLI EMAS – FORUM “Memperkasakan Masyarakat Daerah Ranau Dalam Era Globalisasi”

22.08 – 24.08.2013         Pameran dan Jualan diadakan, Grand Reunion (ikut tempahan)

23.08.2013 (Jumaat)     Perasmian Tugu Jubli Emas

24.08.2013 (Sabtu)        Perasmian Perayaan Jubli Emas oleh Ketua Menteri Sabah (09.00 pagi)

24.08.2013 (Sabtu)        Konsert Mega Jubli Emas (07.00 malam)

 

Jumpa anda di sana! :-)

1 ASPIRASI 1 AGENDA

Posted on 16/05/2013 in Uncategorized by smkmsranau

16 Mei 2013 telah mencatatkan satu lagi kenangan bagi warga SMK Datu Paduka Mat Salleh apabila sambutan hari guru diadakan pada hari ini. Warga SMK DP Mat Salleh bertekad untuk menjadi pendidik yang bersemangat dan berkhidmat dengan penuh tanggungjawab, dedikasi disamping memupuk semangat bersatu padu dan kekitaan di kalangan warga sekolah.

 

Makluman Penundaan Tarikh Jubli Emas

Posted on 14/05/2013 in Uncategorized by smkmsranau

Pihak pengurusan Perayaan Jubli Emas sekali lagi memohon maaf atas penundaan tarikh perayaan yang sepatutnya diadakan pada bulan Jun ini. Penundaan ini adalah disebabkan oleh masalah teknikal dan infrastruktur bangunan sekolah. Admin dimaklumkan bahawa tarikh perayaan belum ditentukan dan mesyuarat dengan PIBG serta alumni juga belum diadakan.

Namun begitu, berkemungkinan besar perayaan Jubli Emas sekolah ini akan dibuat dalam bulan Ogos atau September selaras dengan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat daerah. Sebarang makluman terkini berkenaan dengan perayaan ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Tarikh Baru Perayaan Jubli Emas

Posted on 10/03/2013 in Uncategorized by smkmsranau

Tarikh perayaan Jubli Emas SMK Datu Paduka Mat Salleh telah ditunda dari 3hb-6hb April kepada 19hb-22hb Jun 2013. Keputusan ini dibuat selepas mesyuarat pada 9hb Mac yang lalu dengan persetujuan dari semua pihak yang terlibat dengan pengurusan Jubli Emas ini.

Apa-apa pun, Jubli Emas SMK Datu Paduka Mat Salleh akan tetap diadakan tahun ini dan ianya pasti akan meriah!

Juara Lagi!

Posted on 28/02/2013 in Uncategorized by smkmsranau

Tahun ini sekolah telah menghantar seramai 56 orang atlet untuk berjuang mengekalkan kejuaraan di MSSD Ranau yang berlangsung pada 25hb Februari hingga 28hb Februari bertempat di Kompleks Sukan Ranau.

Dan berita baik adalah kontijen sekolah telah berjaya mengekalkan kejuaraan untuk dua tahun berturut-turut!

Kemenangan besar sekolah apabila berjaya mendapatkan gelaran Olahragawati Perempuan B (Adik Elice Gregory), Olahragawati Perempuan B (Adik Salesnila Gabi), Juara Keseluruhan Menengah Rendah, Juara Keseluruhan Menengah Atas dan Juara Keseluruhan MSSD Ranau.

Tahniah diucapkan kepada Pengurus Kontinjen, semua jurulatih, semua atlet dan guru-guru yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung di atas sokongan dan sumbangan. Kemenangan ini adalah untuk semua warga SMK Datu Paduka Mat Salleh Ranau.

 

We are the Champion!

p/s: Sambutan Jubli Emas bertambah serinya dengan kejayaan yang telah diberikan oleh kontinjen sekolah tahun ini! Tahniah! Anda semua adalah yang terBAIK!

Thank you, Ustaz Mohd.Nasir for the photos.

Tugu Jubli Emas

Posted on 21/02/2013 in Uncategorized by smkmsranau

Banyak yang tertanya-tanya tentang rekabentuk tugu Jubli Emas yang akan dibina bersempena dengan sambutan 50 tahun SMK Datu Paduka Mat Salleh. Admin memaparkan draf tugu di sini (dengan izin dari pihak pengurusan Jubli Emas) untuk tatapan semua.

Draf Tugu Jubli Emas

Setakat hingga hari ini, jualan untuk nama yang mahu diukir di tugu masih ada. Admin difahamkan bahawa jumlah jualan nama ini terhad kepada 4000 penama sahaja. Setiap satu nama berharga RM50 dan terbuka kepada semua bekas guru, bekas pelajar, bekas kakitangan bukan mengajar (anggota kakitangan sokongan/AKS), guru-guru yang masih berkhidmat (hingga kini di SMK Datu Paduka Mat Salleh), kakitangan AKS dan pelajar-pelajar sekolah.

Dimaklumkan juga bahawa promosi dan tiket sudah diedarkan kesemua sekolah di daerah Ranau (dan mungkin juga di seluruh negeri Sabah). Apa tunggu lagi? Abadikan nama anda di tugu jubli emas ini.

p/s: :-) siapa cepat dia dapat!

Majalah Edisi Khas Jubli Emas

Posted on 20/02/2013 in Uncategorized by smkmsranau

Sempena sambutan 50 tahun SMK Datu Paduka Mat Salleh, sebuah majalah edisi khas akan diterbitkan dan akan mula dijual bermula 3hb April 2013. Majalah ini akan mempunyai lebih kurang 200 muka surat berwarna, dan berkulit tebal (hardcover). Ia mengandungi koleksi gambar-gambar hasil sumbangan dari pelbagai generasi bekas anak didik sekolah ini – dari era 60an hingga 2000an.

Ketika ini pihak Penjualan Iklan (Pemasaran) sedang mempromosikan ruangan iklan kepada semua individu, organisasi dan perusahaan yang berminat untuk membeli dan memberikan sumbangan kepada percetakan majalah ini. Untuk sumbangan dan pembelian ruangan iklan berharga RM200 dan keatas akan menerima sebuah majalah edisi khas ini sebagai cenderahati (namun terhad kepad 100 buah sahaja).

Berikut adalah beberapa helaian dalam majalah edisi khas. Admin sendiri merasa tidak sabar untuk memilikinya! :-)

Mukadepan Majalah Edisi Khas

Helaian Isi Kandungan

Helaian dalam majalah

 

50 Tahun (1963 – 2013)

Posted on 18/02/2013 in Uncategorized by smkmsranau

Tahun ini genaplah 50 tahun usia SMK Datu Paduka Mat Salleh Ranau. 5 dekad yang lalu, sekolah ini telah mencatatkan sejarah sebagai sekolah menengah yang terawal dibuka di Daerah Ranau. Ia juga telah mencatatkan sejarah dengan kejayaan mendapatkan gelaran ‘Mat Salleh’ pada tahun 1977 (15 tahun selepas ia mula beroperasi) setelah berjaya memperolehi keputusan SPM yang terbaik pada tahun tersebut.

Siapa tidak kenal dengan mantan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Dr. Muhiddin Yussin? Anak jati Ranau yang juga merupakan bekas pelajar di SMK Mat Salleh yang ketika itu dikenali dengan gelaran Government Secondary School. Terlalu banyak bekas anak didik dari sekolah ini yang dikenali bukan sahaja di Sabah, malah di seluruh negara.

Sekolah ini juga sangat cemerlang dalam pencapaian kokurikulum sejak dahulu hingga sekarang. Ini membuktikan bahawa sekolah ini bukan sahaja cemerlang dalam bidang kurikulum, malah juga dalam bidang kokurikulum.

Syabas dan selamat ulang tahun ke 50 kepada SMK Datu Paduka Mat Salleh, Ranau. Cemerlang! Gemilang! Terbilang!